Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe lakonan Izzue Islam dan Elisya Sandha


Tonton drama terbaru di Aksia TV3 bertajuk Nasi Kerabu Untuk Che Abe bersiaran bermula hari ini. Drama 13 episod diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Ditayangkan pada hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe

Para Pelakon

Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Fazlisham, Scha Elinnea, Hariesa DFKL, Jasmin Hamid, Erynne Erynna, Syainie Shuhaimi, Neera Azizi, Radhi Khalid, Kuna Muzani, Kamarool Haji Yusoff, Danny X-Factor.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13

Sinopsis Nasi Kerabu Untuk Che Abe

Shira, Yana dan Zetty, 3 gadis yang dikenali sebagai 'awesome girls' adalah antara gadis-gadis cantik di kolej. Di permulaan cerita mereka telah berselisih dengan pelajar master yang kacak dann menarik bernama Faizul.

Ketiga tiga mereka terpegun tatapi semuannya hilang mood bila mula terdengar Faizul mula kecek kelate yang agak pekat. Faizul tidak pandai berdialek KL walaupun berkali-kali rakab baiknya Arman ajar.

Arman biarpun berbeza jurusan namun mereka sama-sama gila mencari duit dengan bisnes. Faizul lebih gemar menjual secara bersemuka berbanding dengan Arman yang menjual macam-macam secara atas talian.

Shira, Yana dan Zetty tiggal bersama di rumah sewa, mereka bersahabat karib dan mereka pernah berjanji dan saling mencabar 'no boy no love' sehingga tamat pengajian. Mereka bertiga terkenangkan Faizul. Mereka memikirkan macam mana mereka nak mungkir janji yang dah dibuat.

Gambar Pelakon