Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi lakonan Aeril Zafrel dan Nabila Razali Vroom2


Tonton di slot Akasia TV3 drama adaptasi novel berjudul Seindah Tujuh Warna Pelangi karya Eman Sufi. Bakal mula bersiaran pada 24 Februari 2020, Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaimi dan terbitan produksi Saphire Screen Sdn Bhd.

Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi

Para Pelakon

Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Wilma Muhammad, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Sahronizam Noor, Riz Amin, Nazeera Sardi, Wanna Ali, Laila Nasir, Hairie Othman, Jalaludin Hassan, Wanns Ahmad, Cassia Iman.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16
Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24
Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28

Sinopsis Seindah Tujuh Warna Pelangi

Kisah mengenai perkahwinan antara sepupu, Andika dan Aira berdasarkan berlainan matlamat. Andika mengunakan perkahwinan untuk mendapat harta bahagian Aira yang diwarisi daripada datuk mereka sedangkan Aira menerima perkahwinan atas dasar cinta. Perkahwinan mereka tidak kekal lama. Aira merajuk membawa diri, meninggalkan keluarga dan anaknya Sofia.

Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman. Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan.

Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk. Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira.

Sehingga satu tragedi berlaku kepada Aira yang mengakibatkan dia mengalami hilang ingatan. Andika menggunakan peluang itu untuk mendapatkan Aira semula.

pelakon Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi
Comments


EmoticonEmoticon